Kesejarahan Wabak Mesir

Kebanyakan ahli sains dan pemikir sekular percaya yang kisah wabak ini hanyalah mitos dan dongeng atau penceritaan turun-temurun daripada bencana yang tidak berkaitan. Ada yang percaya yang terdapat kisah asal di sebalik kewujudan wabak.

Kaji purba

Terdapat bahan arkeologi yang ditemui, seperti oleh William F. Albright, yang boleh dijadikan sebagai bukti Sepuluh Wabak; sebagai contoh, terdapat palung air kuno yang ditemui di El Arish mempunyai tanda hieroglif yang menyatakan akan tempoh kegelapan. Albright, dan ahli arkeologi lain mendakwa yang bukti seperti itu, begitu juga dengan kajian tentang kawasan yang kononnya dilalui oleh Bani Israil selepas pelarian itu, sebahagiannya tidak dapat dipertahankan. Walau bagaimanapun, hujah mereka tidak dapat memujuk banyak ahli arkeologi yang pada mulanya tidak percaya yang perkara seperti itu tepat.

Papirus Ipuwer Mesir menyatakan yang satu siri bencana melanda Mesir termasuklah sungai menjadi darah, lelaki berkelakuan seperti burung ibis, dan tanah menjadi terbalik. Walau bagaimanapun, perkara ini lazimnya akan difikirkan sebagai bencana alam yang panjang dan biasa bagi satu tempoh kurun, seperti apa yang memusnahkan Kerajaan Lama. Dokumen tersebut lazimnya ditarikhkan kepada penghujung Kerajaan Pertengahan Mesir, atau yang lebih jarang, kepada permulaannya, bersesuaian dengan kemusnahan Kerajaan Lama, tetapi dalam kedua-dua kes adalah lama sebelum tarikh yang dikatakan berlaku bagi Exodus.

Immanuel Velikovsky memutuskan yang papirus Mesir itu sebenarnya memang menerangkan peristiwa Exodus, bersama kejadian bencana yang difikirkannya berlaku sebelum itu; yang dalam pendapatnya Kronologi Mesir adalah salah bagi beberapa ratus tahun. Teorinya tidak menerima kredibiliti oleh ahli kaji Mesir purba dan juga ahli Kristian.

Penerangan alam

Seperti yang dinyatakan di atas, sesetengah penulis sains dan pengkaji Injil mengatakan yang wabak tersebut bukanlah mukjizat luar biasa tetapi adalah bencana alam yang biasa. Penerangan berdasarkan alam telah dicadangkan bagi kebanyakan fenomena:

  • (wabak 1—air menjadi darah, ikan mati)
    • Kemerahan air Nil mungkin disebabkan pencemaran yang disebabkan aktiviti gunung berapi, yang bergantung kepada tanah lanar Nil, boleh menjadikan Nil bertukar merah darah dan tidak boleh diminum. Hujan lebat di kawasan yang bertanah merah di Tasik Victoria boleh menyebabkan air kemerahan melimpahi hilir.
    • Terdapat juga menyatakan yang alga toksik merah (pasang merah) boleh menghasilakn toksin yang banyak dan mampu membunuh ikan.
    • Gempa bumi boleh menyebabkan letusan limnik seperti di Lake Nyos.
  • (wabak 2—katak) Hawar pada air yang menyebabkan ikan mati membuatkan katak meninggalkan kawasan air dan, kemungkinan, seterusnya mati.
  • (wabak 3 dan 4—pinjal dan lalat) Kekurangan katak di boleh menyebabkan populasi serangga bertambah secara mendadak.
  • (wabak 5 and 6— penyakit pada ternakan dan bisul) Terdapat pinjal dan lalat yang mampu menyebarkan penyakit berjangkit; peningkatan bilangannya mampu menyebarkan sakit kulit dengan cepat.
  • (wabak 7—hujan batu) Aktiviti gunung berapi bukan sahaja boleh membawa debu, tetapi batu belerang yang juga mampu mengubah sistem cuaca, yang boleh menghasilkan hujan batu. Hujan batu juga boleh berlaku sebagai cuaca semula jadi biasa
  • (wabak 8—belalang juta) Keberatan hujan batu mampu memusnahkan ladang lalu meninggalkan sedikit sahaja makanan kepada serangga dan haiwan lain. Tanaman yang tinggal sudah tentu menjadi habuan dan menjadi sasaran kawanan belalang juta. Belalang juta juga mungkin bertambah akibat berkurangnya pemangsa. Tanpa penjelasan tersebut, belalang juta memang adalah perkara biasa kini.
  • (wabak 9—kegelapan) Terdapat beberapa punca kegelapan yang luar biasa: gerhana matahari, ribut pasir, atau disebabkan kawanan belalang juta yang sangat banyak hingga mampu menghalang cahaya matahari.
  • (wabak 10—kematian anak pertama)
    • Jika wabak terakhir agak "memilih", ia mungkin disebabkan keracunan makanan ketika tempoh kegelapan sama ada oleh belalang juta ataupun kulapuk hitam Cladosporium. Apabila orang baru terlepas daripada kegelapan, lazimnya anak pertama diberi keutamaan kerana mereka melakukan lebih kerja, lalu ini boleh menyebabkan mereka terkena toksin atau penyakit yang dibawa makanan.
    • Dalam doumentari 2006, Exodus Decoded, pembuat filem berbangsa Yahudi dari Kanada, Simcha Jacobovici membuat hipotesis yang pemilihan wabak kesepuluh tersebut adalah serupa seperti bencana 1986 di Lake Nyos yang berkaitan dengan aktiviti geologi yang menyebabkan wabak sebelumnya berada dalam peristiwa berantai. Hipotesis tersebut adalah wabak berlaku sebaik selepas letusan Thera (kini dikenali sebagai Santorini), yang difikirkan berlaku sekitar antara 1450 SM dan 1650 SM. Letusan menghasilkan rantaian peristiwa yang menyebabkan wabak lalu kematian anak sulung. Jacobovici mencadangkan yang anak pertama masyarakat Mesir sering tidur berhampiran pintu manakala anak yang lain di tempat lebih tinggi ataupun di atas bumbung. Seperti di Tasik Nyos, apabila karbon dioksida atau gas bertoksik lain terlepas dari ketegangan permukaan dari bahan air sekitar sama ada dari aktiviti geologi mahupun penepuan, gas tersebut lebih berat berbanding udara biasa lalu "membanjiri" kawasan sekitar dengan menggantikan oksigen dan membunuh sesiapa sahaja di laluannya Ahli rumah Yahudi terlepas kerana mereka telah disuruh menyambut upacara Passover pertama mereka.

Letusan gunung berapi yang berlaku pada zaman dahulu dan mampu menyebabkan wabak boleh berlaku jika berlaku pada waktu yang tepat adalah letusan gunung berapi Thera 650 batu ke barat laut Mesir. Dikatakan bertarikh sekitar 1628 SM, letusan ini adalah salah satu rekod yang terbesar, menyaingi Gunung Tambora, yang berlaku pada 1816 ketika Tahun Tanpa Musim Panas. Kesan global yang dahsyat ini telah direkodkan pada lapisan simpanan abu yang ditemui di hilir Nil, parut cincin pokok yang membeku di pain bristlecone di barat Amerika Syarikat, dan lapisan debu di litupan ais Greenland, smeua bertarikh yang sama dengan debu dari Thera.

Debu gunung berapi mungkin telah meracunkan Nil, menjadikannya merah, membuatkan katak keluar dari sungai tersebut. Debu dan kekurangan katak dalam sungai mempengaruhi ekologi Mediterranean Timur, kemungkinan menyebabkan wabak kutu, lalat, pinjal, penyakit ternakan dan belalang juta. Debu panas yang bersentuhan dengan kulit boleh menyebabkan wabak bisul dan kudis, jika tidak disebabkan kutu/lalat, ribut disebabkan awan debu Thera lalu menjadikan hujan batu dan debu tersebut menghalang cahaya matahari (fenomena yang didokumenkan pada 1970 ketika letusan Gunung St. Helens) menjadikan siang sangat gelap.

Walau bagaimanapun, semua tarikh letusan ini adalah ratusan tahun sebelum dipercayai berlakunya Exodus; maka letusan tersebut boleh menyebabkan wabak jika salah satu daripada tarikhnya salah atau jika wabak tidak berlaku sebaik sebelum Exodus.